MANUSIA DAN PENYAKIT
“Dan Kami turunkan di atas Al Quran sesuatu yang
boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman”
Al-Isra, ayat 82.
“Illness itself is one of those form of experience
by which man arrives at the knowledge of God, as He says, ”sickness themselves
are my servants and are attached to my chosen friend”
Al-Ghazali
Setiap insan yang lahir ke dunia ini akan mengalami
dua keadaan iaitu hidup atau mati, sempurna atau cacat, susah atau senang,
sakit atau sihat. Yang mana satu berlaku kepada manusia terserah pada Allah SWT
Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Arif, apa yang baik untuk makhlukNya, yang
mungkin tidak dapat difahami oleh jangkaan akal manusia yang amat terbatas.
Sakit dan sihat adalah anugerah Allah kepada
makhlukNya. Sebagai makhluk tentulah tidak munasabah kita mempersoalkan mengapa
dan kenapa ada orang yang diberi sakit dan ada yang diberi sihat. Manakah
munasabah makhluk mempersoalkan Khalik. Yang perlu bagi manusia adalah mencari
hikmahnya.
Allah yang bersikap Maha Adil menurunkan penyakit
sebagai rahmat dan tanda kasih sayang, kerana biasanya di dalam derita kita
banyak bergantung kepadaNya, banyak mengingatiNya dan bertawakkal kepadaNya.
Al-Rad, ayat 28.
Allah juga menurunkan penyakit untuk meningkatkan
darjat makhlukNya di sisiNya. Pesakit yang redha, sabar dan banyak bergantung
kepadaNya akan ditinggikan darjatnya berbanding dengan pesakit yang lalai,
rakus dan tidak sabar.
Kepada yang banyak berdosa, dengan sifat AdilNya,
Allah menurunkan penyakit, bila pesakit redha dan sabar akan ketentuan
nasibnya, maka terhapuslah dosa-dosanya. Kepada pesakit yang selama ini
bergelumang dengan dosa, penderitaannya merupakan satu amaran dari Allah, kalau
ia sedar, datanglah keinsafan pada dirinya.
Jika orang yang berdosa berbangga dengan
dosa-dosanya hingga berlaku syirik, takabbur dan zalim, maka Allah akan
menurunkan kutukanNya, maka timbullah penyakit yang susah untuk diubati dan
yang tiada penawarnya sama sekali.
“Semua dosa-dosa dilambatkan Allah(pembalasannya)
sesukaNya hingga hari kiamat, melainkan derhaka kepada ibubapa, maka
sesungguhnya menyegerakan (bala seksaNya) bagi yang bersangkutan sewaktu
hayatnya didunia ini sebelum matinya”
Hadith riwayat At Tabrani.
Dia antara perilaku yang dikutuk Allah ialah
membuat dosa-dosa besar. Salah satu cara kutukan Allah ialah ditimpakan
seseorang itu dengan penyakit yang tiada penyembuhnya seperti kanser, AIDS dan
sebagainya.
![]() |
Keluarga bahagia |
No comments:
Post a Comment