“Dan Kami turunkan di atas Al Quran sesuatu
yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk
orang-orang
yang beriman”
Al-Isra, ayat 82.
Al-Quran |
“Illness itself is one of those form of experience by
which man arrives at the knowledge of God, as He says, ”sickness themselves are
my servants and are attached to my chosen friend”
Imam Al-Ghazali
Setiap
insan yang lahir ke dunia ini akan mengalami dua keadaan iaitu hidup atau mati,
sempurna atau cacat, susah atau senang, sakit atau sihat. Yang mana satu
berlaku kepada manusia terserah pada Allah SWT Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha
Arif, apa yang baik untuk makhlukNya, yang mungkin tidak dapat difahami oleh
jangkaan akal manusia yang amat terbatas.
Kejadian manusia |
Sakit
dan sihat adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Sebagai makhluk tentulah
tidak munasabah kita mempersoalkan mengapa dan kenapa ada orang yang diberi
sakit dan ada yang diberi sihat. Manakah munasabah makhluk mempersoalkan
Khalik. Yang perlu bagi manusia adalah mencari hikmahnya.
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian
dari air, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan…..
Al-Faatir, ayat 11.
“Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati dan tua”
Hadis riwayat Bukhari.
Allah yang bersikap Maha Adil menurunkan penyakit
sebagai rahmat dan tanda kasih sayang, kerana biasanya di dalam derita kita
banyak bergantung kepadaNya, banyak mengingatiNya dan bertawakkal kepadaNya.
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan
jadi tenang”
Al-Rad, ayat 28.
Allah juga menurunkan penyakit untuk meningkatkan
darjat makhlukNya di sisiNya. Pesakit yang redha, sabar dan banyak bergantung kepadaNya
akan ditinggikan darjatnya berbanding dengan pesakit yang lalai, rakus dan
tidak sabar.
Kepada yang banyak berdosa, dengan sifat AdilNya,
Allah menurunkan penyakit, bila pesakit redha dan sabar akan ketentuan
nasibnya, maka terhapuslah dosa-dosanya. Kepada pesakit yang selama ini
bergelumang dengan dosa, penderitaannya merupakan satu amaran dari Allah, kalau
ia sedar, datanglah keinsafan pada dirinya.
Jika orang yang berdosa berbangga dengan
dosa-dosanya hingga berlaku syirik, takabbur dan zalim, maka Allah akan
menurunkan kutukanNya, maka timbullah penyakit yang susah untuk diubati dan
yang tiada penawarnya sama sekali.
tangisilah segala dosa |
“Semua dosa-dosa dilambatkan Allah(pembalasannya)
sesukaNya hingga hari kiamat, melainkan derhaka kepada ibubapa, maka sesungguhnya
menyegerakan (bala seksaNya) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia
ini sebelum matinya”
Hadith riwayat At Tabrani.
Dia antara perilaku yang dikutuk Allah ialah
membuat dosa-dosa besar. Salah satu cara kutukan Allah ialah ditimpakan seseorang
itu dengan penyakit yang tiada penyembuhnya seperti kanser, AIDS dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment