HAKIKAT SAKIT DALAM ISLAM
Menurut
Ajaran Islam, Apabila disebut manusia, di mana harus bermula? Tuhan
yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka Tuhanlah yang memberi
jawapan kepada persoalan di mana harus bermula. Allah telah
memberitahu dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11).
Apa yang
Tuhan maksudkan ‘mengubah apa yang ada dalam diri’ ialah perubahan roh,
nafsu atau emosi dan akal, sementara fizikal mengikut sahaja. Unsur
roh, nafsu atau emosi dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang
sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai
paksi atau pusat perubahan itu adalah roh atau hati. Roh atau hati
merupakan raja diri. nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau
hati. Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati.
Apabila disebut perasaan ia sangat berkait rapat dengan hati ini
bermakna rasa yang terbit daripada hati.
Islam telah menetapkan bahawa ujian sakit ini adalah dengan izin Tuhan
dan setiap sakit ada ubatnya melainkan mati. Tuhan menjadikan sakit
juga sebagai penghapusan dosa (kifarah) serta untuk meningkatkan darjat
seseorang. Selain itu, sebagai cara Tuhan menginsafkan seseorang atau
mungkin juga kutukan Tuhan kerana kezaliman seseorang.
Tujuan utama merawat sakit dalam Islam adalah merawat hatinya, di
zaman moden kita kebanyakan manusia mengalami tekanan perasaan yang
boleh menyebabkan sakit jiwa seperti buruk sangka, pemarah, putus asa
dan sebagainya. Hati atau jiwa yang tidak tenang dengan erti kata lain
tiada bahagia, ini boleh menyebabkan gangguan kepada mental ataupun
disebut masalah psikitari. Apabila hati ini rasa bahagia maka manusia
itu akan baik akal, nafsu dan jasadnya (fizikal). Kesihatan lahir
manusia sangat berkait rapat dengan kesihatan roh atau hati, asas setiap
ubat ialah dengan merawat hatinya.
No comments:
Post a Comment