Thursday 10 March 2011

Apa itu Homeopathy ?

Homeopathy (Homoeopathy) berasal daripada perkataan Greek, Homeo bererti seperti, seakan, semisal, serupa, seiras, dan seraksi. Pathy berasal daripada perkataan pathos bererti sakit atau penyakit.


Sebenarnya Homeopathy mempunyai satu prinsip tetap iaitu dalam bahasa latinnya ialah “Similia Similibus Curentor ”yang bermaksud “Seraksi dengan Seraksi Menyembuhkan”( Likes By Likes are Cured ).
Maksud Homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang mempunyai khasiat yang serupa dengan gejala orang sakit itu. Jadi Homeopathy adalah cara memberikan ubat kepada pesakit yang mempunyai gejala yang sesuai dan seraksi dengan gejala orang yang sakit itu.

Sistem Perubatan Homeopathy sangat mementing pesakit daripada penyakit, walaupun penyakit yang sama namun dari segi rasa, waktu melarat iaitu gejala pesakit tetap ada perbezaan. Dengan erti kata yang mudah homeopathy merawat pesakit bukan penyakit.

No comments:

Post a Comment