Friday 3 January 2014

Berpantang (diet) adalah Ubat

Panduan diet makanan seimbang

Hadis Nabi Muhammad SAW " Perut adalah rumah penyakit, Berpantang adalah sebahagian daripada ubat"
Sahih Muslim


Kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam
Makanan merupakan keperluan asas pada manusia ,bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia .Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .

Proses penghadaman 
Penghadapan melibatkan proses mekanikal dan tindak balas kimia .Penghadaman mekanikal bermula di mulut dan perut .Dalam perut ,proses pergerakan usus yang dinamakan peristalsis akan mengecut dan menggaulkan makanan sambil memecahkan butiran makanan ke partikel yang lebih luas.

Makanan yang melalui saluran penghadaman kita akan dicernakan dengan bantuan beberapa organ lain seperti hati ,pankreas,dan hempedu .Enzim ialah protein yang akan memecahkan makanan kepada partikel-partikel yang lebih kecil yang akan kecil akan ditukarkan kepada tenaga.

Penghadaman yang melibatkan tindak balas kimia bermula di mulut . Enzim dan asid hidroklorik dalam perut ,serta jus hempedu daripada kalenjar hempedu ,akan menghuraikan makanan yang terdiri daripada struktur kompleks seperti karbohidrat ,protein dan lemak ,ke bentuk nutrien yang ringkas dan mudah diserap ,seperti gula ,asid amino dan asid lemak.

Perut
Salur penghadaman manusia ,kelihatan seperti satu tiub panjang ,jika ia dibentang di atas meja ,panjangnya sehingga 20 kaki .Otot yang mengecut secara berentak , menyebabkan pergerakan peristalsis membantu memindahkan makanan sepanjang salur penghadaman sambil memecahkan saiz makanan.Rupa perut ialah seperti kantung dan ia terletak di bahagian bawah esofagus .Perut mempunyai dinding yang sungguh elastik , dengan banyak lipatan seperti alat muzik akordian ,dinamakan “rugae”.




Perut mampu menampung sehingga 2 liter campuran makanan dan cecair ,Bagi mereka yang tidak mengikut Sunnah Nabi iaitu “makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang “ dan makan secara berlebihan ,tubuh badan akan mengubah suai organ berbentuk kantung ini untuk mengembang . Pada jangka masa panjang , bentuk fizikal organ individu tersebut akan bertambah besar untuk menampung jumlah makanan yang lebih banyak .
Sementara prosea penghadaman ini berlaku , kalenjar dalamm perut merembeskan cecair penghadaman perut , iaitu gabungan enzim pepsin, asid hidroklorik dan lendir (mukus) .Cairan perut iaitu pH 2, sangat berasid dan mampu melarutkan paku besi. Jus gastrik ini membunuh bakteria dalam makanan sambil menghentikan tindakbalas amilase yang menghadamkan karbohidrat dalam mulut .Ikatan dalam karbohidrat diputuskan oleh asid kuat , menyebabkan sedikit aktiviti pencernaan karbohidrat , dapat berlaku di sini. Dalam perut pepsin akan menghadamkan protein secara menghuraikan ke komponen asas yang lebih kecil ,iaitu asid amino dan polipeptida.

Perut yang mengecut dan mengendur akan menggaulkan makanan hancur dengan cairan , membentuk “Chyme” ,iaitu pepejal berair .Chyme ini akan beredar meninggalkan perut ,menuju ke usus kecil untuk proses penghadaman .

Di dalam perut ,lemak akan terapung di dalam cairan perut yang bercampur dengan makanan .Hanya sejumlah kecil lemak yang akan terhadam dalam perut .Lemak adalah komponen makanan terakhir yang akan meninggalkan perut.

Di dalam salur penghadaman kita , wujud tidak kurang 500 spesis miroorganisma . Mikklroflora ini kompleks dan berbeza , bergantung kepada tubuh badan , menurut umur , keadaan kesihatan , pemakanan , daerah , Negara dan benua.

Mikroorganisma ini membantu proses penghadaman dan penyerapan sumber makanan , di dalam salur penghadaman kita .ke dalam darah untuk diedarkan ke seluruh badan yang memerlukan nutrient ini.

No comments:

Post a Comment