Thursday 14 April 2011

Sejarah Homeopathy

Dr Samuel Hahneman
  Perubatan Homeopathy diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann, Homeopathy berasal dari Jerman, juga merupakan tempat kelahiran Hahnemann. 

Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelum ini menyebabkannya ingin mencari satu sistem perubatan yang lebih sesuai dan seraksi dengan tubuh manusia. Hahnemann tidak putus-putus mejalankan penyiasatan dalam bidang kimia dan telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (chemistry)

Pada tahun 1790, semasa menterjemah kitab Materia Medica Cullen dalam siri kedua, yang mempunyai kira-kira 20 muka surat. Sebuah majalah berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit yang didapati di dalamnya terdapat ubat kuinin (Quinin) yang berasal dari negara Peru, Amerika Latin, dengan berfikir dan membuat pemerhatian, beliau mendapat pengetahuan tentang undang-undang seraksi ini. Hahnemann terkejut tentang bukti bagaimana seraksinya diantara gejala yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura (malaria) dan dapat mengembalikannya sihat. 

Melalui pembuktian ini dirasakan oleh Hahnemann bahawa ini adalah satu ilmu baru  bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang tabi’i lain. Seperti di dalam Hadith Azzubab yang masyhur diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya Apabila lalat jatuh ke dalam bejana kamu hendaklah membenamkannya, kerana pada salah satu sayapnyaada racun dan lagi satu sayapnya ada penawar”. Maksud hadith ini secara tersirat adalah sangat bertepatan dengan bahasa undang-undang seraksi atau similium. 


Kemudian, Hahnemann mula membuat penyiasatan tentang kerja-kerja dan khasiat-khasiat sesuatu ubat, dengan membuat pembuktian (proving) kepada dirinya dahulu, kemudian kepada kawan-kawannya yang lain, Pembuktian ini kepada orang yang sihat sahaja. Hahnemann telah merekod dan mengumpulkan semua gejala-gejala yang betul didapati daripada pembuktian itu. Kemudian dicubakannya pula kepada orang yang betul-betul sakit dengan memilihkan penawar yang seraksi dengan gejala pesakit tadi. 

Demikian keajaiban yang berlaku dalam dunia perubatan, ini membuktikan Tuhan Maha Ajaib, seluruh sumber alam ini dapat memberikan manfaat untuk manusia.

No comments:

Post a Comment