Friday 4 March 2011

Manusia

Bermulanya tamadun manusia di dunia ini apabila lahirnya Nabi Adam a.s, baginda diciptakan daripada tanah yang juga merupakan manusia pertama yang diciptakan Tuhan. Apabila baginda bertemu dengan Siti Hawa maka dari sinilah berkembang biaknya manusia.


Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan, kerana manusia itu mempunyai roh, nafsu atau emosi, akal, dan fizikal. Seseorang manusia ditiupkan roh apabila zigot atau janin berumur 4 bulan. Allah ciptakan manusia sebagai hamba dan pemerintah (khalifah) di dunia ini, untuk mewujudkan sistem yang selamat dan menyelamatkan manusia.

Apabila manusia itu hidup di dunia ini pasti ada ujian yang akan datang. Tuhan adakan ujian ini untuk menilai bagaimana kuat pergantungan hamba ciptaanNya ini kepadaNya, pelbagai bentuk ujian yang datang seperti miskin, bencana alam, sakit dan sebagainya. Ujian seperti sakit ini datang dengan pelbagai cara dan bentuk, sakit dan sihat adalah keadaan yang datang dengan silih berganti.

Dalam satu tubuh manusia mempunyai sistem yang menarik dan sangat kompleks, sistem ini mempunyai kaitan antara satu sama lain seperti sistem sarat, sistem penghadaman, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan dan sebagainya. Jika ada masalah antara salah satu sistem ini, ia akan menganggu sistem tubuh manusia itu yang menyebabkan terjadinya penyakit.

Sistem perubatan memainkan peranan untuk memastikan manusia kembali sihat daripada penyakit yang dialami. Sistem perubatan Homeopathy adalah salah satu sistem perubatan alternatif yang dapat kembalikan tubuh yang sakit kepada sihat, Insyallah.

No comments:

Post a Comment